Kenderaan yang dipinjam adalah tanggungjawab peminjam setelah berlakunya serahan kunci atau setelah borang perjanjian pinjaman di tandatangan dan peminjam mestilah mematuhi terma dan syarat kami sepertimana berikut:
1. Membayar jumlah wang yang dinyatakan didalam borang perjanjian semasa mengambil kenderaan.
2. Memberi deposit kesel;amatan atau cagaran aset sebagai jaminan terhadap kenderaan yang dipinjam dan akan dipulangkan sekiranya kenderaan dipulangkan dalam keadaan asal sepertimana masa diserahkan.
3. Saman-saman pihak berkuasa adalah tanggungjawab peminjam dan haruslah membayar sekiranya ada.
4.Tiada bayaran balik akan dibuat kepada peminjam terhadap lebihan petrol keatas kereta yang dipulangkan.
5. Kehilangan atau kerosakan akibat kesilapan, kecuaian pada benda asas dan aksesori kenderaan ditanggung dan perlu diganti sepenuhnya oleh peminjam.
6. Kerosakan atau kes yang melibatkan kemalangan jalanraya, peminjam hendaklah membayar gantirugi pada kami dengan jumlah yang tidak melebihi sepertimana berikut:
a) Kumpulan A (1500cc ke bawah ” Tidak melebihi Rm 3,000.00)
b) Kumpulan B (1501cc ke 2000cc “Tidak melebihi Rm 5,000.00)
c) Kumpulan C (2001cc ke 2500cc ‘tidak melebihi Rm 10,000.00)
d) Kumpulan D (2501cc keatas “Tidak melebihi Rm 20,000.00)
Kerosakan Bernilai Tidak Melebihi Had Bagi Semua Kumpulan A,B<C &D
6.1(A) Tuntutan insurans tidak akan dibuat
6.1(B) Gantirugi mesti ditanggung sepenuhnya oleh peminjam dan
6.1(C) Kadar bayaran 10% dari kadar asas sehari atau kadar ansuran bulanan kenderaan selama mana kenderaan kami berada dibengkel.
Kerosakan Bernilai Melebihi Had Bagi Demua Kumpulan A,B,C & D
6.2(A) Tuntutan insurans akan dibuat tetapi peminjam tetap perlu membayar dengan kadar berikut:
6.2(B) Ansuran bulanan kenderaan sehingga proses tuntutan insurans selesai dan
6.2(C) Gantirugi kehilangan (NCD) insurans kenderaan (minima RM 500.00)
7. Bagi kes kehilangan kenderaan,peminjam perlu membayar dengan kadar 15% dari kadar asas sehari atau kadar ansuran kenderaan sehingga proses tuntutan insurans selesai.
8. Sila laporkan pada kami secepat mungkin didalam jangkamasa 24jam bagi kes kemalangan.
Had Perjalanan
9. Had perjalanan kenderaan bagi pinjaman sehari(24jam) tidak boleh melebihi 400 kilometer.Jika lebih,peminjam akan dicaj dengan kadar bayaran dua(2) hari pinjaman.
10. Had perjalanan kenderaan bagi pinjaman bulanan tidak boleh melebihi 10,000 kilometer sebulan dan peminjam haruslah memulangkan kenderaan setelah cukup had perjalanan yang ditetapkan bagi tujuan penyelenggaraan atau membenarkan pihak kami memeriksa sendiri keadaan kenderaan.Jika gagal berbuat demikian,perjanjian ini terbatal.
Larangan
11. Tidak boleh membenarkan pihak yang tidak berkenaan menggunakan kenderaan tanpa pengetahuan kami.
12. Diluar kegunaan normal atau apa-apa yang menyalahi undang-undang kerajaan malaysia.
13. Dilarang memandu keluar dari sempadan malaysia tanpa kebenaran pihak kami.
Keperluan Dokumen
14. Salinan kad pengenalan dan lesen memandu atau permit memandu antarabangsa yang sah(wajib)
15. Salinan kad pengenalan dan lesen memandu (Penjamin)*Jika diminta oleh pihak kami *
16. Bil utility,Kad Pernigaan/Bisnes Card/SSM (Bagi syarikat)
Pembatalan Tempahan
17. Bayaran tempahan tidak akan dikembalikan jika pembatalan dibuat dalam tempoh kurang dari :
i) 3 hari untuk kenderaan jenis (kereta,mpv & van ) dari tarikh pinjaman.
ii) 2 minggu untuk kenderaan jenis bas dari tarikh sewaan.
Lanjutan Pinjaman
18. Peminjam boleh melanjutkan tempoh pinjaman atau sewaan sekiranya pihak kami dimaklumkan 1 hari sebelum tarikh akhir pinjaman.Jikan gagal berbuat demikian,perjanjian pinjaman terbatal dan kami berhak untuk mengenakan caj asas pada kadar harian (24jam) sehingga kami mendapatkan kenderaan kami kembali.
19. Jam tambahan akan dikira setiap jam sehingga maksimun 6 jam sahaja,sekiranya melebihi 6 jam akan dicaj dengan kadar harga 12jam @ 24jam.
Jika Menempah kereta Sewa Dan Van Sewa Di Kuala Terengganu Ini Dengan Syarikat Kami Maka Kami Berangapan Anda Bersetuju Dengan Terma & Syarat-Syarat Kami.
Terma Dan Juga Syarat-Syarat ini Digunapakai Untuk Kereta Sewa & Van Sewa Pandu Sendiri Sahaja.Jika Menggunakan Khidmat Sewaan Beserta Pemandu Kami Segala Terma Dan Syarat-Syarat Ini Tidak Digunapakai Dan Terbatal